Akademi Azam ditubuh bertujuan
menyediakan kelas-kelas pengajian yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah khusus
untuk masyarakat di Bandar Sri Sendayan.
KELAS AGAMA DAN FARDHU AIN KANAK-KANAK adalah tanda komitmen
Akademi Azam untuk melahirkan generasi muda yang beradab , memahami Islam
secara syumul serta beragama dengan cara yang dituntut Al-Quran dan Al-Sunnah selain
mendidik kanak-kanak khusus dalam ilmu Fardhu Ain.
Pembelajaran melalui gabungan aktiviti
dan kelas merupakan keistimewaan Akademi Azam bagi meningkatkan minat dan
penguasaan pelajar terhadap subjek yang diajar.
Kami juga menyediakan
fasiliti seperti smartboard dan suasana terbaik untuk para pelajar supaya mampu
menuntut ilmu dalam keadaan yang selesa dan seronok.
Insyaallah Akademi Azam akan sedaya upaya mendidik anak-anak anda agar menjadi generasi beradab dan berilmu yang bakal membangunkan peradaban Islam.

DAFTAR SEGERA !
TEMPAT TERHAD
KELAS AGAMA DAN FARDHU AIN KANAK-KANAK INI DIBAHAGI KEPADA 3
KELAS.
1. KELAS UNTUK TAHUN 1 ( umur 7 Tahun )
Setiap hari Isnin dan Rabu
9 am- 11 am
2. KELAS UNTUK TAHUN 2 ( umur 8 Tahun )
Setiap hari Selasa dan Khamis
9 am- 11 am
3. KELAS UNTUK TAHUN 3 ( umur 9 Tahun )
Setiap Rabu
3 pm – 5 pm
Kelas ini akan diadakan di Akademi Azam beralamat :
303-G , Jalan Pusat Dagangan Sendayan 3/6
Pusat Dagangan Sendayan ( Merchant Square )
71950 Bandar Sri Sendayan N. Sembilan.
Akademi Azam berkongsi lot dengan Kedai Post Center
Sebaris dengan Domino`s Pizza
( Buat masa ini signboard Akademi Azam belum siap )

Kelas Akan bermula pada
29 April 2024
PENDAFTARAN PELAJAR
Untuk pendaftaran, penjaga hendaklah mengisi borang yang telah disediakan di bawah.
Pastikan maklumat yang diisi lengkap dan betul.
RALAT !
PENDAFTARAN RM50 + YURAN APRIL MEI 2024 RM85 = RM135
PENDAFTARAN RM50 + YURAN APRIL MEI 2024 RM50 = RM100